Sep 19, 2011

Blog 4iphone!!!!

Terbaiklah..
Finally ada jugak app untuk blog kat iphone!!!
Tapi agak lembab lah..
Taip pn tersangkut-sangkut!!
Mnx2 diorang update lah app ni yerr..

Sep 5, 2011

Raya Raya Raya

Ye saya....
sudah lama x ber blog ni kan..
lagipun bukan ramai pun orang follow... hehehe...
nak cerita tentang raya nie...
raya..
hmmmmmmmmm.....
satu benda yang boring bagi saya....
kenapa???
x taw lah...
tapi yg bestnya.......
dapat balik pahang!!!!!!!!!!
yes!!

lama suda x balik kampung..
so tahun ni best jugak lah dapat balik sana....
mintak-mintak tahun depan dapat beraya kat sana lagi..
amin....... 

May 23, 2011

First Day After Mid-Term Break Yang PANAS!!!..

halo halo halo.....
hari ini agak panas sikit.. bukan sebab cuaca tapi di sebabkan PANAS dengan kerenah lecturer aq sorang ni. Aq dah biasa dah face problem diorang reject proposal kte, draft yang kita buat, suruh rephrase balik, redo or apa2 je lah.. Tapi previous lecturer aq, diorang ni semua bagi guide pada kiteorng, tapi lecturer aq yang sorang ni, madang reject pas 2, menganjig!! pekh!!! Angis satu badan aq! patutnya bagi lah guideline, ko nak suruh aq buat apa, nak mcm mana, nak tambah apa bagi ko puas hati. Ni tak! madang REJECT! REJECT! REJECT!
Tadi nasib baik aq agak mood baik jek, kalau x, memang aq hangin gila **** dalam kelas..
sabo jelah!!!
sori ea agak beremosi, tapi mmg emo pn! huhu

May 22, 2011

Terima Kasih Kerajaan

Assalamualaikum!
apa khabar semua??..
Harap anda baik2 sahaja... Pada hari ini, sy YB syhmil azmierul akan menyampaikan ceramah kepada penduduk parlimen gelang patah ini berkenaan subsidi minyak dari kerajaan! cewah... berangan lah pulak hakuh.. hehe...
saya hari ini agak nak berpolitik sikit lah, pasal harga minyak ni. Akhir2 ni, banyak dengar cerita yang konon2nya harga minyak ron95 akan dipotong sedikit subsidinya, betul ke tak tak tau lah pulak saya. BAru dengar rumors jek, pekh, ada orang yang dah melenting, mengalah kan harga minyak naik RM10 seliter. hehe..
Saya paham ada orang yang kurang kemampuan, yang mungkin ngah kumpul duit nak kahwin ker, nak masuk U ker, nak beli kereta baru ke, mungkin akan rasa terbeban sikit lah disebabkan harga petrol ni naik, tapi apa lah sangat sebenarnya. Bukan saya nak berlagak ye! Saya pun bukan lah kaya sangat...
Tapi yang buat saya marah, diorang2 yang mengamuk ni, sibuk marah2 kerajaaan, cakap kerajaan ni macam2. Diorang ni sebenarnya tak paham ekonomi and tak berterima kasih kepada kerajaan. Korang taw tak, Malaysia belanjakan subsidi kepada rakyat sebanyak 2.4% daripada KDNK (GDP) negara kita. Memanglah kalau kita tengok 2.4% tu macam sikit je kan, tapi banyak sebenarnya tu.. KDNK (GDP) negara kita sebanyak RM682.66 billion. BAnyak tu... Kira kerajaan kita ni masih bertangungjawab and memahami rakyat sebenarnya...
Ini comparison price minyak Malaysia dengan negara asia tengara lain..
Kalau korang bandingkan harga minyak malaysia dengan negara asia tenggara yang lain, kita no 2 terendah, no 1 brunei. dan yang bestnya kita ada ron95. Nasib baik ada ron95, boleh jugaklah kereta kita berjalan.. hehe...


so conclusion is, jangan lah terlalu berharap pada subsidi kerajaan and janganlah marah2 kerajaan disebabkan harga minyak nie, kerajaan dah buat macam2 untuk kita selama ini, dan tolonglah, jangan dengar sangat fitnah2 dari pihak tertentu yang selalu burukan kerajaan.


~peace no war~ =))


May 20, 2011


Mari sini rapat2.. ini hari saya ada jual produk.. haha... ops! jgn salah sangka, sye bukan salesman... produk ini ckg sye yang jual.. sye tolong promote kan aje... selain daripada nak beli anda2 semua boleh jadi ajen jugak.. kalau berminat boleh telefon dia ye..
Pn Rafidah Mohd Bikan : 0127129287
cuba jgn tak cuba..

ho ho ho

kabare semua??.. waduh2.. sudah lama wak tidak update ini blog.. kih3..
memang agak busy kebelakangan ni, hari2 buat assignment kan...
assignment pulak tak agak2 susah dia, memang bikin gua panas jek...
tambahan pulak dgn lecturer yg suka menganjing.. pekh, elak kene hempuk jek dgn aq kan... nasib baik lah iman kuat...
diam tak dia, lagi 2 bulan jek aq kat sunway ni.. pas ni, tamat sudah riwayat study aq.. memang aq plan nk sambnung study lagi.. tapi...... ntah lah.. nak tolong abah kot pas ni.. tgk r dulu mcm mana...
pas nie tunggu lah sebulan dua lagi baru update blog ni lagi yer.. kih3

May 8, 2011

~lalalalala~

gumbira rasa hati nila kawan2 baik aku dah balik JB.. Shafiq n Abul ada kat Jb, baru rasa ada life sikit ddk sini.. haha... mcm biasa lah aktiviti kteorg, lepak minum coolblog, mamak, tgk wayang, bebual n apa2 lagi lah yang patut.. bila tgk wayang cte fast n furious 5, pekh, mmg best doe cte dia.. tapi..... lambat beli tiket, hamik ko! patah tengkuk tgk cte mendongak.. tapi mmg puas hati....! terbaik cte 2! kan best kalau aq dapat buat body mcm The Rock,, pekh! mmg gempak seh....
Esok mcm biasa, ada klaz... boring tol nk g klaz ari isnin nie.... malas jek rasa.... bengong jek kpala otak aku ni nanti.... haha....

May 3, 2011

Malasnya.....

haha... itulah mood aku hari ni.. dah terlebih cuti.. dari hari jumaat sampai hari isnin cuti, hari ni, bila nak g kolej, mmg terasa malas yang amat sangat2.. haha... hari ni apa lah agaknya pensyarah aku membebel dalam kelas nanti.. aku pun x taw lah kan... dengan MARCOM belum dapat approval objective lagi.. menambahkan rasa bosan nak g kolej.. wawawa...
hari pekerja semalam, xde aktiviti yang menarik dilakukan, duduk rumah, dowload lagu, and g teman ayah tgk kereta.. tengok jek, x beli pon.. haha....
tapi ternyata aku jatuh cinta pada Toyota Vellfire buat kali ke 100 kali.. haha...
nak siap2 g kolej, dengan azam dan iktizam yang bersemangat waja aku nk pergi menuntut ilmu ni. kihkihkih.. ayat poyo jek ni...

May 1, 2011

kahwin kahwin kahwin

jangan salah sangka, bukan aku yang kahwin, tapi jiran2, kawan2, and pensyarah aku yang kahwin...
aku kadang rasa pelik, kenapa diorang ni cepat sangat nak kahwin. best sgt ker? kawan aku baru umur 20, tapi dah kahwin, aku yang umur 20 jugak ni, hidup x betul lagi, nak kata matang, hahha.. mmg x matang langsung... pada aku, kahwin ni memang takda dalam list yang important. tapi... xdelah sampai aku taknak kahwin, aku nak.. tapi belum masanya and xde niat lagi pun.. dan yang paling penting, aku bukan ada duit nak minang anak dara orang... pada aku duit sangat penting.. money is always number 1.. sekarang ni kalau nak pinang anak dara orang, kalau xde RM 50,ooo x payah lah nk berangan nk kawin.. hehehe.... sesiapa yang dah berkahwin, jaga lah rumah tangga anda, siapa yang nak berkahwin, be prepared, n siapa yang baru berkahwin, selamat pengantin baru... =)

Apr 8, 2011

I'm Back....!

Sejak deactivate blog dulu, dah lama x blogging. So agak janggal ble blogging nie.. huhu...
x ada apa-apa yang menarik untuk di kongsikan, maybe dari masa ke semasa, akan di update blog ini....